JellyPages.com

Friday, April 16, 2010

terlambat.

Benda yang dah terjadi memang tak boleh diundur.Walau macam mana kita menyesali perbuatan dan kesilapan tu.Yang boleh kita buat adalah cuba memperbaiki situasi yang terhasil daripada kesilapan kita tu.Tapi kadang-kadang ada kesilapan yang terlalu besar kesannya sampai kita tak boleh nak baiki lagi keadaan.Dalam keadaan macam ni..terima jela komplikasi hasil tindakan kita tu.Aku pun mengalami masalah ni.Kalau diikutkan banyak sangat benda yang aku harap aku tak buat.Dah terlambat pun nak menyesal.Dan diantara banyak kesilapan tu ada kesilapan yang aku sendiri tak sangka boleh terjadi.

Sudahnya aku terpaksa hidup dalam keadaan bersalah seperti ini.Aku cuba untuk hidup seperti biasa.Tapi percayalah aku takkan memaafkan diri aku atas apa yang terjadi.Kepada orang yang berkenaan maafkan aku untuk semuanya.Aku tak dapat nak baiki lagi keadaan.Dah hampir 2 tahun tapi masih aku terasa satu kesilapan aku tu da musnahkan hidup orang lain.MAAF..hanya tu yang mampu aku lakukan.Seikhlasnya aku sendiri tak sedar akan apa yang aku buat.Arghh..biarlah.Ini semua atas kesilapan aku.Nah sekarang terimalah padahnya~sesal yang tak sudah.

"Sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tiada berguna"
"Nasi sudah menjadi bubur"
MySpace

0 comments: