JellyPages.com

Thursday, June 10, 2010

Cakap sejuta kali pon tade gune.

Da kul 12.39am.Aku buat pe?Ni ha tengah kucar kacir.Kacau bilau.Sebenarnya aku tengah nak siapkan kerja aku.Plannya aku nak key in data kat software system JKR malam ni.Tapi baru buat brape patah mate aku da ngantuk.Akhirnye aku buat keputusan tido dulula.Sok aku nak wat sebab sok aku keje dari umah je.Tapi golek punye golek.Pejam punye pejam still tiada kesan positive.Lampu yang aku da tutup aku bukak balik.Sebab hati aku tak tenang slagi aku tak siapkan sesuatu...

Bukak PC screen mega aku ni pastu bukak BCMAS.Tapi dalam mase same bukak tab baru untuk Facebook.Entah macamana aku terbuka blog seseorang.K******.Die ni sape?Kawan aku dulu masa skola.Lelaki la.Bukan pompuan...Ntah.Jujurnya aku tak pernah tahu yang dia ni (dan kawan2 dia - kat skola dan hostel) pernah anggap aku kawan atau tak.Ntah.Jauh di sudut hati aku aku rase they are faking their feeling towards me.Layan pon ala kadar je.Walaupon sekelas untuk subjek LK.


  • Mereka semua benci saya.MEREKA SEMUA.Itu pe yang ada dalam fikiran saya.

    Sebab apa?Sebab aku menjadi diri aku.Aku tau.Mereka melabel aku dengan pelbagai gelaran.Ntah.Sebab tu aku mula belajar menangis sendirian ketika aku Form 5.Ya.Dulu aku suka menangis.Aku dapat rasakan satu ketenangan bila air mata aku menitis.



    Balik kepada cerita blog dia.Sekarang he is completely not my friend.Sebab?Sebab kesilapan paling besar dalam hidup aku la..kisah penyesalan aku dulu.Kisah tu terlalu peribadi.Sebenarnya kisah tu tiada kaitan pon dengan dia.Tapi ada kaitan dengan sahabat?kekasih? dia sekarang.

    Aku da lakukan sesuatu yang memberi kesan kepada sahabat dia tu.So dia pon fuck aku juga.OK.Memang aku akui aku bersalah.Dan cakap sejuta kali pon tak guna.Sebab memang terang aku yang salah.Ntah.Apa yang ada dalam otak aku masa tu.Walaupon dah bertahun benda ni terjadi tapi aku tetap rasa bersalah.Tapi da terlambat.Apa aku le wat?Bunuh diri pon tade makne.So aku try hidup secara normal.Hakikatnya aku rasa bersalah.Tapi again.Nothing I can do.Sebab benda ni dah terjadi dan tiada cara untuk aku memperbaiki keadaan lagi.Kalau motor rosak lehla dibaiki.Ni tidak.Ni soal perkara yang dah terjadi.Tak boleh diundir lagi.

    Kepada insan berkenaan tiada apa yang aku boleh buat.Selain maaf untuk kesekian kalinya.Aku tiada niat.Dan aku juga tiada penjelasan.Hanya aku yang tahu apa yang aku rasa.Tapi hanya kau yang menghadapi kesannya.Salah aku.Benar.Aku terlalu muda dan bodoh ketika itu.

    Sebenarnya aku terjumpa blog orang yang aku maksudkan tu.E*** N******.E*** tiada apa yang aku dapat buat sekarang.Walaupun kisah ni dah bertahun.Ntah.Sekarang ni aku begini.Kau begitu.Kita da ada life yang berbeza.Glad to hear kau berubah.I mean aku xbagus.Religiously.Tapi kau berubah sedikit daripada apa yang aku kenal dulu in term of that matter.Tapi kau masih dengan Padini, kasut, movie, joli2, sweater,vacation, hadiah mahal, life anak orang kaya -  perkara yang aku xnak lakukan sekarang.Atau mungkin sampai bila2.Mengarut.Aku ukur baju di badan sendiri.Aku tak mampu.Maafkan aku.Terus terang itu salah satu sebab.Sebab lain biar aku sendiri yang tahu.

    Dunia ni kecik kan?Pusing2 kat situ balik.Sekarang kat tempat kerja aku pon tetiba ada orang yang ada kaitan dengan kau.Ahh.Sebenarnya xjadi masalah pon.Tapi mengingatkan aku tentang kesilapan bodoh aku tu.Hmm..

    BCMAS??!!Da lebih 2 jam.Satu pon aku tak key in lagi.Apa aku buat ni....

    1 comments:

    YASIR said...

    Aku jumpe die pon lepas aku baca satu entry kat K******'s blog.then aku rase die ade blog jugak.aku search dan nah itu die Cerita Hati.Ntah.Aku baca tiap entry Cerita Hati.Kesimpulannya aku mmg takkan memahami cerita hati kau.kerana kite terlalu berbeza.dan maaf sekali lagi..