JellyPages.com

Sunday, April 18, 2010

sape aku nak menilai kau..

Kau..ahh..ni kisah lama.aku memang da nak lupakan.tapi kadang-kadang kisah tu datang.mungkin bila aku ungkit benda-benda ni semua aku akan mendatangkan kemarahan seseorang.tapi sekali ni aku tak tahu kenapa..semua tentang kita dulu datang dalam kotak fikiran aku yang bersegi-segi ni.sebenarnya aku tak pernah lupa tentang kau.sebab bila aku da lupa tiba-tiba kau datang balik.tapi takdela sampai perasaan aku yang dulu tu datang.sekarang keadaan da berbeza.aku da belajar erti setia.walaupon dulu aku memang xpernah nak setia.sebabnya?biarlah aku simpan sendiri.aku tak menyalahkan seorang pon antara korang semua.'KORANG'.bunyinya ramai kan?susah aku nak kategorikan 'KORANG'.sebab korang tu hanya beberapa saje.3 mungkin.tapi kesannya mendalam.sampai aku berfikir

"argh lantaklah.setia untuk apa.aku da banyak kali kene reject kot"MySpace

Dendam?xlah.cume aku rase setia tu tiada harga.Ok.lupekan tentang yang lagi dua.Hari ni KAU.Entah kenapa hari ni aku terfikir tentang kau.mungkin sebab lately aku selalu terpandang Facebook kau tu.tiap kali aku bukak wall aku usaha jugak nak toleh kat lain bile wall tu lintas kat profile kau.tapi entah.mate aku ni macam dikawal oleh bende lain.bebola mata aku ni tetap nak memandang ape yang kau post.jari aku pulak macam faham isyarat mata aku tu.terus je die click kat profile kau.

MySpace

Dan aku lihat tu bukan kau.tu bukan yang dulu aku kenal.bukan kau yang aku jumpe kat kuantan parade.bukan kau yang aku jumpe kat Times Square.mane kau?mane?!aku nak kau yang dulu.walaupon aku bukan milik kau.dan kau semestinya bukan milik aku, tapi aku taksuke kau yang sekarang.sebab?ntah.manelah aku tahu.tanyalah hati aku.die yang pandai2 rase macam tu.bukan aku!(cuba menafikan perasaan sendiri).arghh..mesti kau fikir
"lantak akula..yang kau sebok apehal??ade aku nyusahkan kau??"MySpace
Memang.aku tiada kena mengena dengan hidup kau.aku tak layak nak judge kau.yup.aku xjudge kau.cume ini pendapat peribadi aku.

AKU TAK SUKA APA YANG KAU DAH BUAT DENGAN DIRI KAU.SAMA MACAM AKU TAK SUKA DENGAN APA YANG DAH AKU BUAT DENGAN DIRI AKU.
AKU TAK SUKA KAU SEKARANG.SAMA MACAM AKU TAK SUKA DIRI AKU SEKARANG.
MySpace

Kembali ke dunia nyata.aku lebih teruk dari kau.aku berubah dengan cara yang lebih drastik.lebih teruk.lebih negatif.dengan cara yang lebih salah dari kau.sebab itu..aku sangat tak mahu kau terpedaya dengan tipu daya dunia ni.aku masih ingat kau yang dulu.aku sentiasa ingat.kau buat aku tak lena tidur.dan depress.kerana kau menolak aku.ahh tapi itu dulu.sekarang aku sudah belajar menerima hakikat kegagalan aku tu.yelah perasaan tak boleh dipaksa.aku pon bukan yang terbaek untuk kau.kau ada dia.aku ada dia.

Sudahlah.aku dah tak mahu mngenang kisah itu.aku kena menjaga hati seseorang.aku ungkapkan kisah ni hanya untuk meluahkan.isi hati aku tentang pertemuan semula kita ini.dengan cara yang berbeza dan diri kita masing2 yang sudah tak sama.ntahlah..aku ada hidup aku.yang ada kisahnya yang gelap dan hanya aku yang tahu.kau pon ada kisah kau.so ade kau kesah??!!!ahh tiba2 aku rasa mahu menjerit..sudahlah..biar kau dengan cara kau.aku dengan caraku.nasihat aku cuma.jagalah diri kau baik2.supaya kau tak menyesal seperti aku ini...


kite tetap kawan kan?