JellyPages.com

Saturday, August 14, 2010

Kisah Terbaru..

Salam..huu lama gila tak hapdate.malam ni lak marathon takleh tidok..tula siang tadi pi bantai tidok sampai tak ingat..dua minggu yang berlalu ni agak banyak cerita sebenarnya.tapi aku tadak masa nak cerita kat hangpa semua.bukan apa.aku malas nak menaip.kena pulak kerja bertimbun-timbun..

2 minggu lepas aku pi interview yang pertama dalam sejarah hidop aku..(interview yang betoi-betoi).PROTON.tu dia nama bukan main gah lagi.interview kat Hotel Summit kat Subang Jaya.pagi-pagi lagi aku dah siap ensem-ensem nak pi interview.pi naik moto ja...(bila masa aku ada kereta?)..ikot highway kesas pastu sampai sana.dipendekkan cerita aku pon ambik IQ test dan berjaa melepasinya dengan hensem sekali.pastu ade lak screening dengan HR.malangnya bila aku cerita minat aku time tula akak hr tu kata department yang matching dengan minat aku tu tadak kosong..so kesimpulannya aku balik dengan tadak keja dari PROTON hari tu..oleh itu aku pon meneruskan kehidupan dengan mengecheck bangunan seperti biasa.

dan minggu lepas pula aku pegi interview dengan PERODUA...sales sdn bhd..haha.harun nak masuk perodua manufacturing tadak kosong lak.layan kan jela.interview dia buat konsep ala-ala akademi fantasia kat hotel blue wave.hoho merasa jugak aku tidok kat blue wave.dan sekali lagi dipendekkan cerita aku berjaya melepasi 3 hari saringan tu dan dapat la interview final.berdasarkan prestasi semasa aku selama 3 hari tu bolehla dikatakan peluang agak cerah untuk dapat jadi management trainee perodua..program ni sebenarnya bukan minat aku..tapi piki punya piki aku rasa bedal jela...mana taw luck aku dalam bidang ni..kalau dia offfer aku kena training 6 bulan pastu kontrak 3 tahun dengan perodua salaes..lantakla..layankan...

dan untuok pengetahuan anda jugak kerja check bangunan aku menjadi semakin menyakitkan hati bila aku terpaksa check FRIM.FRIM tu macam satu kampung taw dak.dah la banyak bangunan banyak department.tiap kali masuk department tu suma kena terangkan kami sapa tujuan apa.camni mamposla aku...keadaan ni menimbulkan perasaan nak berenti kerja yang makin membuak-buak plak..haha..bengong.bukan aku tak dapat terima cabaran.tapi ini sudah melebihi tahap keupayaan aku dan kadar gaji yang dibayar kepada kami ni...

apa-apa pon aku rasa i have to move on.dan aku nekad kalo pape peluang yang datang lepas ni aku grab ja.nak cari kerja lain lak.boring dah check bangunan dan tak siap report...