JellyPages.com

Wednesday, November 23, 2011

Kerja Kerja Kerja..

Assalamualaikum.

Sekarang aku sangat takde motivasi kerja.Puncanya aku pun tak tahu kenapa.Aku rasa kosong, tidak berfungsi dengan baik dan tiada point.Jadi coordinator nak kena selalu new idea dan point.Tapi aku rasa sangat2 takde idea.So aku down..coming towards end year ni lagila.Hmm...entahla.Nak kena lebih banyak berfikir mungkin.Aku rasa sekarang berfikir dengan sangat minimal.

Thursday, October 27, 2011

Maaf.

Macam lagu saleem..

Kadang2 aku rasa bersalah kat orang yang pernah aku sakiti secara sengaja atau tak..dan aku tersangat ingin meminta maaf dengan orang2 ni.walau siapapun mereka.sesungguhnya kadangkala aku bertindak tidak bijak samada dalam sedar atau tak.

maaf...

Monday, October 17, 2011

Dah Kawen Dah!



kami dah kawen 01.10.11 hari tu =)

New Berry Hitam =)

assalamuLaikum..
Saje nak test power post pakai BB.yela dulu BB screen kecik..sekarang dah besar sikit..boleh tekan2 pulak tu.haha.dulu aku pakai BB curve 3G (9300).tapi skarang dah hapgred..BB torch 9860.hamagad..sejak bila  gila gadget ni?aku tak gila gadget pon..saja k hapgred sbb ada features yang aku nak tadak kt henpon lama aku..ala dulu mula2 pkai BB pon bukan aku nak sgt tapi boss yang suruh.senang katanya..ada bbm nak (sampai sini je pakai BB ~ the rest sambung pakai desktop)..

Henpon Lame..
Henpon baru..

Henponnye best jugak as compare dengan yang lame.Yela dulu banyak benda yang tak boleh dah boleh dengan BB baru ni.Gune jari pon boleh..dan emel plak aku dapat tengok dengan lebih jelas dan terang..hehe..senang nak keje.Sebelum ni gambar susah gile nak zoom..sengal..dan kamera jugak lebih baik.bolehla tangkap gambar berkaitan kerja =P.emm okla..Hehe tu je..da... =P


Thursday, September 15, 2011

Tiba-tiba terfikir.

Malam ni buat aku terfikir sesuatu,


"Falling in love is the feeling created when you want to get to know somebody closer"

I might not be the correct person to talk about this tapi aku rase this is a fact that i cant deny anymore. Doesn't matter whether you have already know the person or not, if you have the feeling to know more (especially personal things) about a person then you are in the first phase to fall in love with him/her. 

Wednesday, September 14, 2011

Data Study Blog Sendiri..

Haritu aku janji kat seseorang nak tulis pasal ni..haha.sekarang sebab aku dah penat-penat buat so aku post jela..




That's all...ahhahah..


Wednesday, August 31, 2011

Salam Syawal 1432H

Assalamualaikum wbt..


Comel tak layout baru aku?gurly nak mampos..haha.ade aku kesah??gitu haa mak senah.Template baru ni harap-harap bole bagi aku semangat baru nak menulisla agaknye.Aku tengah training menulis ni sebab nak masuk peraduan esei 25 tahun Majalah Roda-Roda Majalah Motorsikal Terulung Di Malaysia..kalau menang dapat Kawasaki VN II.Aku tak minat pon motor tu tapi kalau dapat buat diconvertkan menjadi duit..hehe.Sekian lama tak menulis dah hampir 2 bulan sejak post emo terakhir aku bulan June dulu.


Hari ni aku tak emo.Sekarang kan bulan Syawal nak bermaafan mane boleh emo.aku ikhlas mintak maaf.Tapi kalau dibalas dengan selamat hari raya je tanpa perkataan maaf mungkin aku patut menilai kembali orang tersebut.Samada dia memang macam tu atau dia memang sengaja tidak mahu mention perkataan maaf tu..eh teremo jugak ke?haaaa kau semputtt...


BTW, berita terbaru adalah aku bakal menamatkan zaman bujang tak lama lagi iaitu pada 1st October 2011.wahh sekejapnye masa berlalu..gelojoh  mak nak kawen.Maknanya Syawal kali ni adalah Syawal terakhir aku sebagai orang bujang!Hmm..entah.tahun ni raya terasa hambar.lebih hambar dari tahun lepas walaupun tahun lepas dah terasa kosong.Tahun ni semakin terasa kosong.Mungkin perasaan aku saja atau mungkin jugak orang lain pun menjadi punca aku rasa raya ni kosong. Apepun biarkan keadaan menjadi demikian.kita ada hidup yang perlu diteruskan.So pada sesiapa yang membaca ni dijemput hadir ditempat kejadian ye..



Cukup besar ke?Kecik kot.tapi korang mesti nampak kan?kalau tak nampak ada 3 kali Jumaat je lagi sebelum..sebelum Jumaat yang ke 4.Tempatnye korang referla peta harta karun tu.Tak pun gunala teknologi terkini.Henpon zaman sekarang kan canggih manggih ade GPS gmap bagai..search aje Bukit Bandaraya.Dekat dengan Taman Pertanian Seri Alam Bukit Cerakah (betol ke?).Haha.Selamat mencari.

Dan kisahnye tentang life pulak running as usual.Kerja terasa ok sikit.mungkin dah dapat adapt slow2 dengan nature of the job.dan aku dah confirm pon (meaning layak dapat incentive!yahoooo!!!!!).Next target lepas kawen insyaAllah nak beli motor.Walapun terasa macam kehendak tapi sebenarnya perlu memandangkan aku nak pindah Shah Alam tahun depan.

Dan begitulah kisahnya..jumpe lagi next entry..da...

Monday, June 27, 2011

Kenape ntah.

Assalamualaikum wbt.

Dah lama tak tulis tapi hari ni kena tulis.Makin simpan makin sakit hati.Nanti terbuat yang bukan-bukan kat pihak terbabit lak. Inilah kisah sorang hamba Allah yang provok aku. Kisahnya bermula nila sorang saudara kita ni mula menunjukkan rasa tak puas hati dengan status laman sosial aku.Aku pun pelik.Mungkin dia cuba bersikap protective.tapi pada siap?sebab aku tak mention names kat dalam post aku.Mungkin dia nak jadi hero?Hmm boleh jadi sebab dia memang suka menjadi no 1, hero, yang terbaik, perfect dan lagak seolah2 dia sorang boleh marah tu.

Yang bertambah pelik aku tak pernah komen post dia, sedangkan kadangkala post dia lagi geli geleman dan desperate. Aku tak pernah doakan mak dia mati awal walaupon mak dia ada sakit kronik.Aku tak pernah cari gadoh dengan dia.Tapi kenapa ntah? Dia rasa tak puas hati kat aku..kesian dia..Kehadiran aku dalam hidup dia buat dia rasa tak selesa.Itu sebenarnya digelar sindrom hasad dengki.Yang mana kita akan rasa tak puas hati dengan orang lain walaupun orang tu tak pernah kacau kita.Mungkin kita fedup menyampah dan tak suka kat seseorang.Tapi pandai-pandaila berlakon.Ikhlas aku cakap aku takdela suka sangat dengan kau.Tapi aku tak pernah nak tunjuk pon.Aku buat macam biasa ja...sebab aku tak suka keruhkan keadaan..

Tapi.kenapa ntah.dia  provok aku. Aku ni tak suka pergaduhan. Pergaduhan lisan mahupun di alam maya. Inikan pulak physical. Tapi dia ni macam dah tak boleh hidup kat dunia ni kalau aku tak sakit kalau aku tak susah kalau aku tak menurut apa yang dia nak aku buat.

Pada aku lantakla. cukup bulan aku dapat insentif. Then tahun depan aku kahwin.pastu beli motor. Meaning to say aku run my life as usual. Tapi kau ada rasa tak puas hati. Ni la punca ada orang kena ilmu hitam, fitnah dan sebagainya.Sebab wujud manusia macam ni.Kepada orang berkenaan..hentikanla..aku tahu kau rasa hebat sebab background kau.aku ni apalah sangat..datang dari kampung..belajar tak pandai mana..mak bapak pelajaran tak tinggi..keluarga aku tak "well mannered" macam family kau. Kau masuk universiti hebat.Tapi apa ada hal.Janganla rasa hebat sangat. Kau bukan kenal aku pon.Senang2 nak judge aku. 

Kalau aku nak terangkan pasal status aku tu..sampai kau mati lepas tu hidop balik mati balik hidop balik pon belum tentu kau nak percaya maksud aku.Sebab kau tanyalah kawan kau yang kau kononnya cuba protect tu dia sendiri tak kenal aku masa kami sama belajar dulu.Sebelum besi tu ade kat gigi dia lagi. Masa tu aku betol2 loner. Walaupun aku cuba pretend normal dengan ada gf tapi aku tak boleh.Sebab ape yang aku nak bukan gf tapi i enjoy the pain love give me. Aku cakap betol ni. Walaupon kau atau korang semua tak percaya tapi hakikatnya aku tak suka cinta yang mudah.Berapa banyak dah yang aku tinggal sebab aku tak dapat the suffer i want to feel tu. Ha gila kan aku? Tapi korang ape tau. Ikot suka akula aku nak rasa camna. Tapi yang kau tiba2 rasa panas punggung lak bila aku cakap minah tu mengingatkan aku pada kenangan lama pesal.Ko bukan tau pon  kenangan apa yang aku maksudkan. Aku sorang yang tau. Sebab kenangan aku tak melibatkan perempuan gigi besi tu pon. Cuma dia mengingatkan aku pada lokasi perasaan dan individu yang terlibat dangan kenangan aku tu.

Dah tu kau ade masalah???

Lantak kaulah. Aku sekarang secara sambilan akan cuba membalas secara halus apa yang kau tak puas hati ni.Sebab kau mintak. Apa yang aku buat ni mungkin umpama gigitan semut je kat ko.tapi percayalah.Selagi kau tak berhenti aku akan terus.Sebab aku tak nampak reasons untuk kau berperangai perfect macam sekarang.

Aku tak pernah komen status kau.
Aku tak pernah kutuk kau gemok.
Aku tak pernah kutuk kau desperate takde gf.
Aku tak pernah kutuk kau baran macam kau sorang boleh baran kat dunia.

So ape reason kau nak kacau aku?Takde kan?Tapi kau ada secebis daging busuk dalam badan kau.Terimalah hakikat kau sekarang dalam keadaan yang tak normal dan perasaan yang wujud dalam diri kau ni adalah perasaan yang sama yang dimiliki oleh pihak US yang serang orang lain, pemimpin politik zaman sekarang, Israel yang menjajah Palestin dan orang2 yang makan rasuah. Kau ada simptom sama yang akan menyebabkan seluruh dunia ini hancur dan kacau bilau iaitu TIDAK PUAS HATI KERANA BERASA DENGKI DAN MERASA DIRI LEBIH BAIK DARI ORANG LAIN.

Saturday, April 30, 2011

Segan nak cite tapi saya cite gak...

Assalamualaikum.


Takde ape pon nak cite.just nak bagitaw kawan2 yang tersinggah kat blog cabuk aku ni yang aku..aku...aku...
aku bakal jadi tunangan orang 2 May 2011 ni...


Majlisnye kecik je and will be held kat shah alam (rumah dia). No pelamin no baju lawa2 macam orang sekarang. Just parents discussion and a little ceremony between 2 family.


Plannye maybe aku nak menamatkan zaman bujang around Jan 2012 or mid 2012. Semuanya ketentuan Allah.


Terima kasih sayang for being with me.Walaupun kite selalu gado tapi i know we will hold on with each other.No worries, fight is normal.Cuma kadang2 memenatkan.


Anyway tu je nak bagitau..for your info.TQ.

Monday, April 25, 2011

Dah Bulan 4 la!!!

Bukan main lama aku hilang..bukan tak nak update.tapi life da jauh berbeza tak macam dulu.PC aku ni pon dah jadi tukun..sebulan adela 4 5 kali on..kesian..nak kate aku komited sangat dengan kerja tak jugak.tapi nature of the job buat hidup aku sentiasa on the go.mane tak nye as aku cakap masa aku cancel beli moto dulu, routine aku dalam sebulan lebih kurang macam ni.first week duk ofis second dengan third week aku oustation pegi utara.fourth week duk opis balik.boleh kata hidup aku ni rumah rawang opis hotel service centre shah alam.tu jela putarannye.kalau nak kire masa paling banyak aku spend dalam kerete.tula life aku.bosan kan?

bapak bosan!!!!!!!

Tuesday, February 15, 2011

Gantung helmet sidai jaket..


Saya penyimpan mohor-mohor besar raja-raja..dengan segala dukacita dan nestapa mengisyhtiharkan bahawa projek Kawasaki ER6F yang telah dirancang sekian lama telah dibatalkan dan ditutup serta merta kerana disebabkan oleh beberapa perkara:

Perkara yang petama: Nature of The Job

Saya selalu outstation sehingga menjejaskan peluang saya menjadi seorang biker seperti yang saya mahukan selama ini. Sebulan saya kena outstation 2 kali.seminggu kat Penang dan seminggu lagi kat Ipoh..2 minggu lagi pulak saya kerj kat HQ.tapi pergi kerja pun kena naik kereta, kalau tak boss cakap baik saya tak payah bagi awak kereta..So kalau sebulan ada 30 hari hari yang tinggal untuk saya naik motor adalah lebih kurang 8 hari saja iaitu weekends. Adalah sangat tidak berbaloi untuk saya membeli motor idaman :-( saya ini kerana bayaran bulanannya RM500 dan saya akan membuat downpayment RM13000, road tax dan insurance setahun RM1000++ dan maintenance mungkin mencecah RM2000++ setahun.Sangat tidak berbaloi kerana nisbah wang tunai yang akan saya keluarkan melebihi masa saya menggunakannya.Amatlah rugi jika saya menggeluarkan semua kos tersebut tetapi ia akan menjadi besi buruk di bawah garaj rumah sewa saya. Melainkan saya sudah banyak sangat duit bolehla buat motor tu jadi weekend hobby..

Perkara yang kedua: Saya Mahu Menamatkan Zaman Bujang.

Yang sebenarnya projek ini tidaklah sehingga saya ingin membatalkan projek ER6F saya.Tapi disebabkan oleh reason yang pertama tadi maka reason yang kedua menjadi lebih relevan dan prioritynya meningkat. Projek menamatkan zaman bujang ini memang telah dirancang awal, namun ketika itu saya masih yakin untuk meneruskan projek ER6F. Tapi jika saya tidak mempunyai masa untuk menunggang maka lebih baik budject yang ada disalurkan kearah projek kedua ini.Perancangan yang telah dibincangkan bersama pihak yang berkenaan membayangkan bahawa project ini akan bermula awal tahun depan.Maka dengan terbatalnya projek ER6F mungkin projek kedua ini akan lebih mudah dilaksanakan.InsyaAllah..

Perkara yang ketiga: Perodua memberikan sebuah Viva kepada saya.

Walaupun kereta itu hanya milik sayaselagi saya memegang jawatan Part Sales Coordinator saja, tapi kiranya saya sudah mempunyai kenderaanla..takla patah kaki walaupun projek ER6F batal..kereta ini umpama kereta sayala..suka hati nak bawak pergi mana.road tax dan service ditanggung oleh perodua.dan sekiranya outstation makan minum tol minyak hotel semua dibiayai oleh perodua. Jimat kepada saya.tiada masalah.

Oleh kerana sebab-sebab diatas, saya sekali lagi menyimpulkan bahawa projek Kawasaki ER6F dibatalkan. Namun saya tetap merancang selepas ini dimasa depan sekiranya keadaan berubah lebih baik, maksud saya dari segi masa dan kewangan saya, saya berjanji projek superbike akan dilaksanakan sekali lagi..Once a biker always a biker.Sekian terima kasih..

Sunday, January 23, 2011

Jalan yang terbaik adalah perpisahan..

Sayang..
Berat hatiku menerima hakikat perpisahan ini..masih ku ingat saat pertama pertemuan kita pada bulan Ogos 2009..saat aku terpandangkan kau hatiku berkata2..kau sungguh cantik..aku mula berkira2..memasang impian..dan bertanya kepada diriku..mampukah aku memilikimu yang secantik bidadari?layakkah aku bersamamu yang seindah langit biru luas terbentang?

Sayang..
Walaupun sebelum aku bertemu kau sebenarnya aku telah jatuh cinta pada yang lain, tertanya jodoh kita kuat.Ketika itu aku redha AG mengambil si dia yang kau minati kerana mungkin mereka lebih serasi bersama.Dan akhirnya aku bertemu kau.Tanpa banyak bicara segalanya diatur dalam masa sehari..wang hantaran dan mas kahwin ku sediakan..dan akhirnya kita disatukan..

Sayang..
Masihkah kau ingat ketika kita mula2 bersama?Aku melengkapkan diriku dengan segala perhiasan supaya kita kelihatan serasi bersama.dan aku mencurahkan hanya yang terbaik untukmu.makan minummu ku jaga.selalu kita mandi bersama..tidur malamku tak lena memikirkanmu..sering saja aku terbangun dan mengintai mu dari ruang kamar..tak rela aku melihat kau diapa2kan oleh sesiapa.setiap masa kita bersama..pagi petang siang malam..ohh romantisnya..

Sayang..
Masihkah kau ingat masa2 yang kita lalui bersama?Kau menemani aku menimba ilmu..melepaskan tekanan..pulang ke Pahang bertemu ayah bonda..masihkah kau ingat pertama kali kau ku kenalkan kepoda mereka berdua?abah melihat kau dan bertanya berbagai soalan..mak pula sering menasihati agar aku menjaga keselamatan diriku dan dirimu ketika bersama..aku bangga apabila bersamamu di kampung halaman..kerana satu ketika dulu aku tak mampu bersama sesuatu yang secantik kau..

Sayang..
Masihkah kau ingat kau adalah kenangan terindah antara aku dan si dia.seperti mana aku menyayangimu..begitulah jua kasih si dia padamu..masihkah kau ingat ketika si dia mengalami kemalangan yang menghancurkan Viosnya dulu?ya kaulah saksinya..kau tahu apa yang sebenarnya berlaku..dan kau juga tahu betapa cemasnya aku ketika itu..kau juga menemani kami bersiar2..pergi ke pusat membeli belah menjamu selera ke pusat kesihatan kemana saja...dimana saja aku bertemu si dia pastinya kau ada..dan aku tidak pernah melebihkan sesiapa.aku cuba bersikap adil dan membahagikan kasih sayangku seadil2nya..

Sayang..
Maafkan aku kerana adakalanya aku cuai ketika bersamamu..syukur kita tidak pernah terlibat dalam kemalangan.Maafkan aku juga kerana membencimu seketika dulu.Masihkah kau ingat September 2010?Ketika itu kau mengalamai penyakit yang membingungkan aku.aku bimbang.dan pada masa yang sama marah.kerana kau jatuh sakit secara tiba2.tapi tetap ku usahakan membawa kau bertemu doktor, pengamal perubatan tradisional dukun, bomoh dan segala2nya..bahkan hatiku bertambah runsing bila kau jatuh sakit sekali lagi pada bulan Oktober..tapi kali ini aku membuat keputusan untuk cuba mengubati kau sendiri.dan tertanya aku berjaya mengubati kau..selepas itu sehingga kini kau setia bersama aku.tanpa mengalami apa2 masalah kesihatan lagi..

Sayang..
Akhirnya kita terpaksa berpisah..maafkan aku.untuk segala2nya.kepada si dia juga maafkan aku kerana tak membawa kau bertemu si dia sebelum kita berpisah.bila ku kenang baru ku sedari yang kita jarang mengambil photo berdua.alangkah indah jika ada sehelai potret kita bertiga sebelum aku melepaskan kau..andai ingin ku coretkan kisah kita berdua.nescaya tidak cukup bait2 kata di dunia ini untuk menggambarkannya..buat kesekian kalinya..terima kasih sayang..semoga kau mendapat seseorang yang lebih baik dariku..dan kebetulan dia akan membawa kau kembali ke tempat yang kita pernah bersama dulu..Fakulti Kejuruteraan Mekanikal UiTM.semoga selepas ini kau juga takkan melupakan aku sayang..sekiranya lain kali kita bertemu lagi nescaya aku akan menegurmu..kerana kita tiada sengketa.dan kita berpisah dengan cara yang baik..terima kasih sayang..selamat jalan..kesedihan ini mengiringi pemergianmu..dan aku berjanji bila aku sudah bersama si dia yang baru  akan ku bawa dia bertemu dirimu..aku berjanji..

Kau Selalu Diingatanku..CBR150R@Cicak

Saturday, January 15, 2011

Februari yang lambat lagi..

Februari..ada orang panggil bulan 2..hari ni 15 January 2011.half month passed.another half to go before february.demm lame lagi kot..harun..camni tak lena tidoqla aku..keadaan memang tak mengizinkan langsong untuk aku.cam siot je..plan aku nak bertukar kepada kuda besi yang lebih sesuai dengan aku yang tinggi lampai macam model, sasa macam malek noor ni mungkin tertangguh.kenapa bulan 2?kalau ikotkan hati 1.1.11 aku da nak kuarkan binatang tu.tapi keadaan tak mengizinkan..yela keja kat Perodua baru 3 bulan lebih..gaji plak minggu depan baru nak berubah =). jadinya loan susah nak lepas..yela ni bukan macam beli moto LC atau RXZ..ni kuda besi 650cc.harga pon lebih mahal dari kereta Perodua..so kena planning baik punya baru tak kantoi..dan halangan paling besar tak lain tak bukan ialah si cicak biru aku (awek aku yang panggil cicak..aku pon tak taw kenapa)..

Sekarang ni aku dalam usaha nak jualla CBR kecik aku tu.kedai da offer harga yang pada aku acceptable.tapi aku nak try jual on my own first.adela aku post dalam mudah.my kat web forum moto pon ada..ramai jugak yang call datang tengok try test pon ade tapi hampeh..so sekarang kena tunggu CBR kecik jalan dulu pastu baru bawak keluar kuda besi baru..owh..termimpi-mimpi..


Btw terima kasih CBR untuk 1 tahun 5 bulan yang bermakna..