JellyPages.com

Sunday, January 23, 2011

Jalan yang terbaik adalah perpisahan..

Sayang..
Berat hatiku menerima hakikat perpisahan ini..masih ku ingat saat pertama pertemuan kita pada bulan Ogos 2009..saat aku terpandangkan kau hatiku berkata2..kau sungguh cantik..aku mula berkira2..memasang impian..dan bertanya kepada diriku..mampukah aku memilikimu yang secantik bidadari?layakkah aku bersamamu yang seindah langit biru luas terbentang?

Sayang..
Walaupun sebelum aku bertemu kau sebenarnya aku telah jatuh cinta pada yang lain, tertanya jodoh kita kuat.Ketika itu aku redha AG mengambil si dia yang kau minati kerana mungkin mereka lebih serasi bersama.Dan akhirnya aku bertemu kau.Tanpa banyak bicara segalanya diatur dalam masa sehari..wang hantaran dan mas kahwin ku sediakan..dan akhirnya kita disatukan..

Sayang..
Masihkah kau ingat ketika kita mula2 bersama?Aku melengkapkan diriku dengan segala perhiasan supaya kita kelihatan serasi bersama.dan aku mencurahkan hanya yang terbaik untukmu.makan minummu ku jaga.selalu kita mandi bersama..tidur malamku tak lena memikirkanmu..sering saja aku terbangun dan mengintai mu dari ruang kamar..tak rela aku melihat kau diapa2kan oleh sesiapa.setiap masa kita bersama..pagi petang siang malam..ohh romantisnya..

Sayang..
Masihkah kau ingat masa2 yang kita lalui bersama?Kau menemani aku menimba ilmu..melepaskan tekanan..pulang ke Pahang bertemu ayah bonda..masihkah kau ingat pertama kali kau ku kenalkan kepoda mereka berdua?abah melihat kau dan bertanya berbagai soalan..mak pula sering menasihati agar aku menjaga keselamatan diriku dan dirimu ketika bersama..aku bangga apabila bersamamu di kampung halaman..kerana satu ketika dulu aku tak mampu bersama sesuatu yang secantik kau..

Sayang..
Masihkah kau ingat kau adalah kenangan terindah antara aku dan si dia.seperti mana aku menyayangimu..begitulah jua kasih si dia padamu..masihkah kau ingat ketika si dia mengalami kemalangan yang menghancurkan Viosnya dulu?ya kaulah saksinya..kau tahu apa yang sebenarnya berlaku..dan kau juga tahu betapa cemasnya aku ketika itu..kau juga menemani kami bersiar2..pergi ke pusat membeli belah menjamu selera ke pusat kesihatan kemana saja...dimana saja aku bertemu si dia pastinya kau ada..dan aku tidak pernah melebihkan sesiapa.aku cuba bersikap adil dan membahagikan kasih sayangku seadil2nya..

Sayang..
Maafkan aku kerana adakalanya aku cuai ketika bersamamu..syukur kita tidak pernah terlibat dalam kemalangan.Maafkan aku juga kerana membencimu seketika dulu.Masihkah kau ingat September 2010?Ketika itu kau mengalamai penyakit yang membingungkan aku.aku bimbang.dan pada masa yang sama marah.kerana kau jatuh sakit secara tiba2.tapi tetap ku usahakan membawa kau bertemu doktor, pengamal perubatan tradisional dukun, bomoh dan segala2nya..bahkan hatiku bertambah runsing bila kau jatuh sakit sekali lagi pada bulan Oktober..tapi kali ini aku membuat keputusan untuk cuba mengubati kau sendiri.dan tertanya aku berjaya mengubati kau..selepas itu sehingga kini kau setia bersama aku.tanpa mengalami apa2 masalah kesihatan lagi..

Sayang..
Akhirnya kita terpaksa berpisah..maafkan aku.untuk segala2nya.kepada si dia juga maafkan aku kerana tak membawa kau bertemu si dia sebelum kita berpisah.bila ku kenang baru ku sedari yang kita jarang mengambil photo berdua.alangkah indah jika ada sehelai potret kita bertiga sebelum aku melepaskan kau..andai ingin ku coretkan kisah kita berdua.nescaya tidak cukup bait2 kata di dunia ini untuk menggambarkannya..buat kesekian kalinya..terima kasih sayang..semoga kau mendapat seseorang yang lebih baik dariku..dan kebetulan dia akan membawa kau kembali ke tempat yang kita pernah bersama dulu..Fakulti Kejuruteraan Mekanikal UiTM.semoga selepas ini kau juga takkan melupakan aku sayang..sekiranya lain kali kita bertemu lagi nescaya aku akan menegurmu..kerana kita tiada sengketa.dan kita berpisah dengan cara yang baik..terima kasih sayang..selamat jalan..kesedihan ini mengiringi pemergianmu..dan aku berjanji bila aku sudah bersama si dia yang baru  akan ku bawa dia bertemu dirimu..aku berjanji..

Kau Selalu Diingatanku..CBR150R@Cicak

Saturday, January 15, 2011

Februari yang lambat lagi..

Februari..ada orang panggil bulan 2..hari ni 15 January 2011.half month passed.another half to go before february.demm lame lagi kot..harun..camni tak lena tidoqla aku..keadaan memang tak mengizinkan langsong untuk aku.cam siot je..plan aku nak bertukar kepada kuda besi yang lebih sesuai dengan aku yang tinggi lampai macam model, sasa macam malek noor ni mungkin tertangguh.kenapa bulan 2?kalau ikotkan hati 1.1.11 aku da nak kuarkan binatang tu.tapi keadaan tak mengizinkan..yela keja kat Perodua baru 3 bulan lebih..gaji plak minggu depan baru nak berubah =). jadinya loan susah nak lepas..yela ni bukan macam beli moto LC atau RXZ..ni kuda besi 650cc.harga pon lebih mahal dari kereta Perodua..so kena planning baik punya baru tak kantoi..dan halangan paling besar tak lain tak bukan ialah si cicak biru aku (awek aku yang panggil cicak..aku pon tak taw kenapa)..

Sekarang ni aku dalam usaha nak jualla CBR kecik aku tu.kedai da offer harga yang pada aku acceptable.tapi aku nak try jual on my own first.adela aku post dalam mudah.my kat web forum moto pon ada..ramai jugak yang call datang tengok try test pon ade tapi hampeh..so sekarang kena tunggu CBR kecik jalan dulu pastu baru bawak keluar kuda besi baru..owh..termimpi-mimpi..


Btw terima kasih CBR untuk 1 tahun 5 bulan yang bermakna..