JellyPages.com

Tuesday, February 15, 2011

Gantung helmet sidai jaket..


Saya penyimpan mohor-mohor besar raja-raja..dengan segala dukacita dan nestapa mengisyhtiharkan bahawa projek Kawasaki ER6F yang telah dirancang sekian lama telah dibatalkan dan ditutup serta merta kerana disebabkan oleh beberapa perkara:

Perkara yang petama: Nature of The Job

Saya selalu outstation sehingga menjejaskan peluang saya menjadi seorang biker seperti yang saya mahukan selama ini. Sebulan saya kena outstation 2 kali.seminggu kat Penang dan seminggu lagi kat Ipoh..2 minggu lagi pulak saya kerj kat HQ.tapi pergi kerja pun kena naik kereta, kalau tak boss cakap baik saya tak payah bagi awak kereta..So kalau sebulan ada 30 hari hari yang tinggal untuk saya naik motor adalah lebih kurang 8 hari saja iaitu weekends. Adalah sangat tidak berbaloi untuk saya membeli motor idaman :-( saya ini kerana bayaran bulanannya RM500 dan saya akan membuat downpayment RM13000, road tax dan insurance setahun RM1000++ dan maintenance mungkin mencecah RM2000++ setahun.Sangat tidak berbaloi kerana nisbah wang tunai yang akan saya keluarkan melebihi masa saya menggunakannya.Amatlah rugi jika saya menggeluarkan semua kos tersebut tetapi ia akan menjadi besi buruk di bawah garaj rumah sewa saya. Melainkan saya sudah banyak sangat duit bolehla buat motor tu jadi weekend hobby..

Perkara yang kedua: Saya Mahu Menamatkan Zaman Bujang.

Yang sebenarnya projek ini tidaklah sehingga saya ingin membatalkan projek ER6F saya.Tapi disebabkan oleh reason yang pertama tadi maka reason yang kedua menjadi lebih relevan dan prioritynya meningkat. Projek menamatkan zaman bujang ini memang telah dirancang awal, namun ketika itu saya masih yakin untuk meneruskan projek ER6F. Tapi jika saya tidak mempunyai masa untuk menunggang maka lebih baik budject yang ada disalurkan kearah projek kedua ini.Perancangan yang telah dibincangkan bersama pihak yang berkenaan membayangkan bahawa project ini akan bermula awal tahun depan.Maka dengan terbatalnya projek ER6F mungkin projek kedua ini akan lebih mudah dilaksanakan.InsyaAllah..

Perkara yang ketiga: Perodua memberikan sebuah Viva kepada saya.

Walaupun kereta itu hanya milik sayaselagi saya memegang jawatan Part Sales Coordinator saja, tapi kiranya saya sudah mempunyai kenderaanla..takla patah kaki walaupun projek ER6F batal..kereta ini umpama kereta sayala..suka hati nak bawak pergi mana.road tax dan service ditanggung oleh perodua.dan sekiranya outstation makan minum tol minyak hotel semua dibiayai oleh perodua. Jimat kepada saya.tiada masalah.

Oleh kerana sebab-sebab diatas, saya sekali lagi menyimpulkan bahawa projek Kawasaki ER6F dibatalkan. Namun saya tetap merancang selepas ini dimasa depan sekiranya keadaan berubah lebih baik, maksud saya dari segi masa dan kewangan saya, saya berjanji projek superbike akan dilaksanakan sekali lagi..Once a biker always a biker.Sekian terima kasih..

2 comments:

nurain said...

bagus la yasir.fikir panjang~buat yang wajib dulu..lalalala

YASIR said...

actually bagi aku motor ni pon wajib..kalau tak sebab tade mase nak ride aku beli je..