JellyPages.com

Monday, June 27, 2011

Kenape ntah.

Assalamualaikum wbt.

Dah lama tak tulis tapi hari ni kena tulis.Makin simpan makin sakit hati.Nanti terbuat yang bukan-bukan kat pihak terbabit lak. Inilah kisah sorang hamba Allah yang provok aku. Kisahnya bermula nila sorang saudara kita ni mula menunjukkan rasa tak puas hati dengan status laman sosial aku.Aku pun pelik.Mungkin dia cuba bersikap protective.tapi pada siap?sebab aku tak mention names kat dalam post aku.Mungkin dia nak jadi hero?Hmm boleh jadi sebab dia memang suka menjadi no 1, hero, yang terbaik, perfect dan lagak seolah2 dia sorang boleh marah tu.

Yang bertambah pelik aku tak pernah komen post dia, sedangkan kadangkala post dia lagi geli geleman dan desperate. Aku tak pernah doakan mak dia mati awal walaupon mak dia ada sakit kronik.Aku tak pernah cari gadoh dengan dia.Tapi kenapa ntah? Dia rasa tak puas hati kat aku..kesian dia..Kehadiran aku dalam hidup dia buat dia rasa tak selesa.Itu sebenarnya digelar sindrom hasad dengki.Yang mana kita akan rasa tak puas hati dengan orang lain walaupun orang tu tak pernah kacau kita.Mungkin kita fedup menyampah dan tak suka kat seseorang.Tapi pandai-pandaila berlakon.Ikhlas aku cakap aku takdela suka sangat dengan kau.Tapi aku tak pernah nak tunjuk pon.Aku buat macam biasa ja...sebab aku tak suka keruhkan keadaan..

Tapi.kenapa ntah.dia  provok aku. Aku ni tak suka pergaduhan. Pergaduhan lisan mahupun di alam maya. Inikan pulak physical. Tapi dia ni macam dah tak boleh hidup kat dunia ni kalau aku tak sakit kalau aku tak susah kalau aku tak menurut apa yang dia nak aku buat.

Pada aku lantakla. cukup bulan aku dapat insentif. Then tahun depan aku kahwin.pastu beli motor. Meaning to say aku run my life as usual. Tapi kau ada rasa tak puas hati. Ni la punca ada orang kena ilmu hitam, fitnah dan sebagainya.Sebab wujud manusia macam ni.Kepada orang berkenaan..hentikanla..aku tahu kau rasa hebat sebab background kau.aku ni apalah sangat..datang dari kampung..belajar tak pandai mana..mak bapak pelajaran tak tinggi..keluarga aku tak "well mannered" macam family kau. Kau masuk universiti hebat.Tapi apa ada hal.Janganla rasa hebat sangat. Kau bukan kenal aku pon.Senang2 nak judge aku. 

Kalau aku nak terangkan pasal status aku tu..sampai kau mati lepas tu hidop balik mati balik hidop balik pon belum tentu kau nak percaya maksud aku.Sebab kau tanyalah kawan kau yang kau kononnya cuba protect tu dia sendiri tak kenal aku masa kami sama belajar dulu.Sebelum besi tu ade kat gigi dia lagi. Masa tu aku betol2 loner. Walaupun aku cuba pretend normal dengan ada gf tapi aku tak boleh.Sebab ape yang aku nak bukan gf tapi i enjoy the pain love give me. Aku cakap betol ni. Walaupon kau atau korang semua tak percaya tapi hakikatnya aku tak suka cinta yang mudah.Berapa banyak dah yang aku tinggal sebab aku tak dapat the suffer i want to feel tu. Ha gila kan aku? Tapi korang ape tau. Ikot suka akula aku nak rasa camna. Tapi yang kau tiba2 rasa panas punggung lak bila aku cakap minah tu mengingatkan aku pada kenangan lama pesal.Ko bukan tau pon  kenangan apa yang aku maksudkan. Aku sorang yang tau. Sebab kenangan aku tak melibatkan perempuan gigi besi tu pon. Cuma dia mengingatkan aku pada lokasi perasaan dan individu yang terlibat dangan kenangan aku tu.

Dah tu kau ade masalah???

Lantak kaulah. Aku sekarang secara sambilan akan cuba membalas secara halus apa yang kau tak puas hati ni.Sebab kau mintak. Apa yang aku buat ni mungkin umpama gigitan semut je kat ko.tapi percayalah.Selagi kau tak berhenti aku akan terus.Sebab aku tak nampak reasons untuk kau berperangai perfect macam sekarang.

Aku tak pernah komen status kau.
Aku tak pernah kutuk kau gemok.
Aku tak pernah kutuk kau desperate takde gf.
Aku tak pernah kutuk kau baran macam kau sorang boleh baran kat dunia.

So ape reason kau nak kacau aku?Takde kan?Tapi kau ada secebis daging busuk dalam badan kau.Terimalah hakikat kau sekarang dalam keadaan yang tak normal dan perasaan yang wujud dalam diri kau ni adalah perasaan yang sama yang dimiliki oleh pihak US yang serang orang lain, pemimpin politik zaman sekarang, Israel yang menjajah Palestin dan orang2 yang makan rasuah. Kau ada simptom sama yang akan menyebabkan seluruh dunia ini hancur dan kacau bilau iaitu TIDAK PUAS HATI KERANA BERASA DENGKI DAN MERASA DIRI LEBIH BAIK DARI ORANG LAIN.

0 comments: