JellyPages.com

Saturday, May 12, 2012

Isu Politik

Bercakap soal politik merujuk kepada isu altantuya mati dibunuh dan kisah cincin berjuta menginap hotel Rm100 000 dan hand bag dan gaya hidup duniawi yang mewah (sekadar menyebut satu contoh) saya memang agak sangsi dengan kerajaan sekarang.tetapi melihat kepada isu kedaulatan raja dan bangsa, pendirian agama pasti saya sendiri risau melihat kesepakatan itu. saya agak yakin sukar menyatu rakyat untuk menyokong parti Islam.kerana ramai yang khuatir apabila Islam tertegak mereka tidak dapat menjalani kehidupan mereka seperti hari ini (mereka takut kerana adanya sesuatu dalam kehidupan mereka seharian yang tidak selari dengan Islam).jadi mereka hanya mahu agama pada permukaannya.walau bagaimanapun saya tetap akan terus yakin dan tidak sekali-sekali menukar polisi saya untuk memilih Islam sebagai teraju negara.tidak cukup orang beragama Islam memimpin kerana orang beragama Islam tidak semua mengamalkan Islam dalam kehidupan seharian.

Jangan takut kepada kefakiran dunia kerana kefakiran Akhirat lebih berat dan abadi.

0 comments: